BAHARU ! 2026
Tuisyen Pasir Gudang - Pusat Tuisyen Pasir Emas kini dinaik taraf dengan sistem pembelajaran moden
Sistem ini diperkenalkan hasil pengalaman kami mengendalikan pelajar dari pelbagai tahap, bagi memastikan setiap anak mendapat perhatian yang lebih terancang.
💳Rekod Invois & Bayaran Yuran
📝Ibu bapa tahu perkembangan anak
📊Report Card Berkala Anak
📈Pantauan prestasi setiap subjek
👩🏫Komen & cadangan tutor
Dua Pilihan Hebat, Satu Matlamat:
Kejayaan Anak Anda
Lyazainal Academy menggabungkan Pusat Tuisyen Berstruktur dan Tutor Peribadi supaya setiap pelajar di Pasir Gudang mendapat kaedah pembelajaran yang paling sesuai. Pilih pengalaman pembelajaran yang selari dengan personaliti dan keperluan anak — kami uruskan selebihnya.
Kepada Warga Pasir Gudang
Kami berada dekat anda — pusat dan tutor yang faham keperluan pelajar tempatan. Dapatkan sokongan pembelajaran yang relevan dengan komuniti dan sekolah di Pasir Gudang.
Tutor Disaring
Hanya tutor terbaik
Padanan 24 Jam
Cepat dan tepat
Pilihan Fleksibel
Home / Online / Pusat
Laporan Kemajuan
Ringkas & berkala
Dua Pilihan Pembelajaran
Pilih cara yang sesuai untuk anak anda - kami bantu padankan tutor atau kelas dalam masa 24 jam.
Pusat Tuisyen Pasir Emas, Pasir Gudang
Kelas berstruktur, modul silibus lengkap, suasana pembelajaran kondusif, dan aktiviti pemantapan peperiksaan. Sesuai untuk pelajar yang berkembang dalam pembelajaran berkumpulan.
- Kelas mengikut tahap (Darjah & Tingkatan)
- Modul latihan & kuiz mingguan
- Pemantauan prestasi & laporan berkala
Tutor Peribadi (Home / Online)
Pembelajaran 1-to-1 yang disesuaikan — tutor hadir ke rumah atau jalankan sesi online. Fokus kepada kelemahan pelajar dan progress yang dipantau rapat.
- Jadual fleksibel mengikut ibu bapa
- Fokus topik kritikal & teknik peperiksaan
- Pemilihan tutor ikut tahap & personaliti pelajar
Bagaimana Ia Berfungsi
Proses ringkas 3 langkah untuk dapatkan tutor atau kelas yang betul, tanpa pening kepala.
Isi Kriteria
Beritahu kami subjek, lokasi (Pasir Gudang), tarikh mula dan keperluan pembelajaran.
Terima Cadangan
Kami padankan tutor yang sesuai dan hantar profil serta cadangan dalam 24 jam.
Mula & Pantau
Sesi bermula; kami berikan laporan kemajuan secara berkala.
Tentang Kami
Terletak di Pasir Gudang, Johor, Pusat Tuisyen Pasir Emas komited membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan membina keyakinan diri. Kami menawarkan kelas untuk semua peringkat — dari sekolah rendah hingga sekolah menengah — merangkumi semua mata pelajaran utama selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.
Dengan tenaga pengajar berpengalaman, suasana pembelajaran yang kondusif, dan pendekatan pengajaran yang berkesan, kami memastikan setiap pelajar mendapat perhatian dan bimbingan yang mereka perlukan. Matlamat kami adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja lulus peperiksaan, tetapi juga memahami ilmu dengan mendalam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Di Pusat Tuisyen Pasir Emas, setiap pelajar adalah aset berharga. Bersama-sama, kita menuju kejayaan.
MISI
Menjadi sentra pembelajaran unggul yang menarik, memotivasi, dan membentuk kecerdasan pelajar, membawa kepada pembentukan generasi masa depan yang cemerlang, berdaya saing global, dan berpegang teguh kepada nilai-nilai kecemerlangan.
VISI
Pendekatan Pembelajaran Inovatif
Pembentukan Karakter
Sokongan Holistik
Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Kesatuan Komuniti
Kualiti Pengajaran Dan
Pembelajaran
Program Sokongan Khas
KENALI CIKGU LIYA
Pusat Tuisyen Pasir Emas diasaskan oleh Nor Akmaliyah Bt Mohd Zainal, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Liya, seorang pendidik berpengalaman yang komited dalam membentuk potensi dan kejayaan pelajar.
Perjalanan akademik Cikgu Liya bermula di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, seterusnya melanjutkan pengajian ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah menerima tajaan biasiswa JPA dan dianugerahkan Guru Muda SM Sains Kota Tinggi.
Berbekalkan lebih 10 tahun pengalaman sebagai tutor, guru ganti sekolah rendah dan editor buku sekolah, Cikgu Liya menubuhkan Pusat Tuisyen Pasir Emas dengan misi menyediakan pembelajaran yang tersusun, berkesan dan penuh nilai murni.
Di Pusat Tuisyen Pasir Emas, setiap kelas bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi ruang untuk pelajar mencungkil potensi diri, membina keyakinan serta menyemai semangat untuk berjaya. Kami percaya pendidikan yang berkualiti bermula daripada guru yang mengajar dengan hati.
Bersama Pusat Tuisyen Pasir Emas, kami membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Ibu Bapa
Pantau prestasi dan perkembangan pembelajaran anak-anak anda bersama kami.
Pantau Perkembangan Akademik Dengan Mudah
Sebagai ibu bapa, anda kini boleh memantau perkembangan akademik anak dengan lebih mudah. Sistem kami membolehkan anda menyemak sesi pembelajaran, jadual kelas, keputusan laporan, serta rekod pembayaran, semuanya di satu tempat.
Dengan kemudahan ini, anda dapat memastikan anak anda sentiasa berada di landasan yang betul untuk kejayaan akademik.
Daftar Masuk
Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang diberikan kepada anda untuk daftar masuk ke dalam sistem.
Tutor
Urus Prestasi Akademik Pelajar Dengan Efisien
Pantau Perkembangan Akademik Dengan Mudah
Sebagai tutor, anda boleh memantau prestasi akademik setiap pelajar dengan lebih mudah.
Sistem kami membolehkan anda menyemak sesi pembelajaran, jadual kelas, keputusan laporan, serta rekod pembayaran, semuanya di satu platform.
Dengan kemudahan ini, anda dapat merancang pengajaran dengan lebih berkesan dan membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Pantau prestasi akademik setiap pelajar dengan mudah.
Semak sesi pembelajaran dan jadual kelas.
Lihat keputusan laporan untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan.
Bantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Daftar Masuk
Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang diberikan kepada anda untuk daftar masuk ke dalam sistem.
Berminat Untuk Sertai Kami?
Daftar sebagai tutor dengan kami! Anda boleh klik butang di sini untuk mendaftar.
Soalan Lazim / FAQ
Bagaimana cara mendaftar?
Isi borang di bahagian Contact atau hubungi nombor kami. Kami akan hubungi anda dalam 24 jam.
Adakan tutor disaring?
Ya – pemeriksaan latar belakang, demo mengajar dan penilaian kemahiran sebelum diterima.
Bolehkan tukar tutor jika tidak serasi?
Boleh. Kami akan cari padanan baru tanpa caj tambahan (syarat tertentu dikenakan).
Adakah ada jaminan peningkatan markah?
Kami sediakan sokongan & laporan; keputusan bergantung pada usaha pelajar dan keteraturan sesi.
Hubungi Kami - Cikgu Liya
Isi maklumat di borang yang disediakan atau hubungi terus untuk padanan tutor dan pendaftaran kelas. Kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam.
Alamat:
LYAZAINAL ACADEMY
No.5A Jalan Pengkalan 5
Taman Pasir Emas
Kg Pasir Putih
81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel: +6012 244 0343
Whatsapp: +6012 244 0343
Email: info@lyazainalacademy.com.my
Waktu operasi:
Isnin – Sabtu 9:00am – 9:00pm


















